Jumlah kematian dua gempa bumi berkembar Venezuela 6,301

11 Aug 2026 • 10:37 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Jumlah kematian dua gempa bumi berkembar Venezuela 6,301

CARACAS: Jumlah kematian akibat dua gempa bumi yang melanda Venezuela pada Jun meningkat kepada 6,301 orang pada Isnin, ketika pasukan penyelamat dan anggota keluarga terus mengais mencari lebih ramai mangsa di celah runtuhan bangunan.

Ketua Dewan Undangan Kebangsaan Venezuela, Jorge Rodriguez mengumumkan jumlah kematian terkini itu sebagai sebahagian daripada laporan terbaharu kerajaan mengenai bencana berkenaan.

Jumlah korban sebelum ini, yang diumumkan pada 3 Ogos ialah 6,125 orang.

Kerajaan pusat tidak memaklumkan berapa ramai yang masih hilang selepas dua gegaran berukuran 7.2 dan 7.5 magnitud memusnahkan kira-kira 190 bangunan.

Namun, Gabenor negeri La Guaira yang paling teruk terjejas, Jose Alejandro Teran yang terletak di utara Caracas berkata minggu lalu bahawa kira-kira 1,400 orang masih hilang.

Kira-kira 24,000 orang kehilangan tempat tinggal dan ramai daripada mereka kini tinggal di kem penempatan sementara.

Pada Isnin, gempa bumi berukuran 7.4 magnitud menggegarkan negara jiran, Colombia, menyebabkan ramai rakyat Venezuela kembali mengingati pengalaman pahit yang mereka lalui akibat bencana sebelum ini.

Gempa bumi di Colombia itu mengorbankan sekurang-kurangnya 111 orang dan mencederakan 87 yang lain, menurut jumlah terkini yang diumumkan Presiden Abelardo de la Espriella. – AFP

The post Jumlah kematian dua gempa bumi berkembar Venezuela 6,301 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved