Jumlah Pegawai Lebih Ramai Daripada Atlet Malaysia Ke Olimpik Paris, MOM Beri Penjelasan

Entertainment
21 Jul 2024 • 1:47 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) tampil menjelaskan mengapa jumlah pegawai lebih ramai daripada jumlah atlet Malaysia untuk ke Olimpik Paris 2024 setelah ada pihak mempertikaikan jumlah berkenaan.

Menurut MOM, seramai 26 orang atlet Malaysia dan 40 pegawai akan ke Olimpik di ibu negara Perancis itu.

image is not available

40 orang pegawai itu terdiri daripada 11 kakitangan sokongan, sembilan pengurusan dan sekretariat, 15 orang pakar teknikal dan lima orang pengurus pasukan.

Kesemua pegawai ke Olimpik Paris nanti mempunyai peranan masing-masing yang cukup penting untuk memudahkan atlet-atlet Malaysia yang bertanding di setiap acara sukan tersebut, lapor Berita Harian.

Majlis Olimpik Malaysia mengeluarkan kenyataan tentang perkara tersebut untuk menjelaskan hal sebenar kepada orang awam menerusi Facebook.

image is not available

Difahamkan juga, pengarah-pengarah teknikal dan jurulatih yang terpilih ke Paris bersama-sama 26 orang atlet Malaysia itu mempunyai tanggungjawab yang besar membabitkan prestasi atlet, latihan dan pembangunan strategi setiap perlawanan.

Sebelas kakitangan sokongan itu pula terdiri daripada ahli fisioterapi, jurulatih kecergasan, mekanik, pakar perubatan, tukang urut dan penganalisi prestasi.

image is not available

Kesemua kakitangan sokongan itu mempunyai peranan penting untuk mengekalkan kesihatan mental dan fizikal setiap atlet Malaysia di sana nanti.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.