
GEORGE TOWN: Menteri Sumber Manusia, Steven Sim bimbang peningkatan hampir 10% pekerja menghidap diabetes pada dekad lalu.
Memetik saringan kesihatan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), beliau berkata, jumlah pekerja didiagnos menghidap diabetes tahun lalu meningkat kepada 19.9% berbanding hanya 9% pada 2013.
Selain menjejaskan produktiviti di tempat kerja dan kualiti hidup lebih rendah, katanya, Perkeso terpaksa mengeluarkan lebih banyak wang untuk mewarat pekerja menghidap diabetes.
Menurutnya, Perkeso membelanjakan hampir RM300 juta tahun lalu untuk merawat pekerja menghidap diabetes.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more “Kita perlu cari jalan memperlahankan peningkatan kadar pesakit diabetes dalam kalangan pekerja. Itu sebabnya Perkeso kini menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma di seluruh negara serta mendidik pekerja tentang tabiat pemakanan baik,” katanya selepas melancarkan kempen tanpa gula untuk membantu mencegah diabetes dalam kalangan pekerja di kilang Jabil Circuit, Bayan Lepas.
Beliau berkata, Perkeso mengumpul maklumat mengenai diabetes dengan memantau 800,000 pekerja berumur 40 tahun ke atas sejak 2013. Tahun lepas saja, mereka memeriksa 175,000 orang.
Katanya, Perkeso mendapati 59.9% daripada pekerja itu mempunyai kolesterol tinggi, 20.4% tekanan darah tinggi (hipertensi) dan 19.9% menghidap diabetes. Mereka juga mendapati lebih satu perempat daripada semua pekerja yang diperiksa dianggap “obes”.
Sim berkata, kementeriannya akan memperuntukkan RM42 juta untuk menubuhkan sekurang-kurangnya sebuah pusat dialisis Perkeso di setiap negeri dalam tempoh dua tahun akan datang. Selangor dan Johor sudah mempunyai sebuah pusat itu.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


