Sektor perladangan kelapa sawit kurang 40,000 pekerja - Johari

28 Feb 2024 • 12:58 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Sektor perladangan di negara kekurangan hampir 40,000 pekerja ketika ini. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani memberitahu sektor peladangan di negara kekurangan hampir 40,000 pekerja ketika ini.

Menurut beliau, ini disebabkan masalah pekerja asing yang dibawa masuk ke negara didaftarkan atas industri pembuatan dan perkhidmatan.

"Sehinggakan statistik yang kita dapat bahawa dia terlebih, 165,000 perkilangan, perkhidmatan 27,000.

“Mereka ini sepatutnya kalau kita boleh mobilized mereka masuk ke dalam ladang, it will be good untuk membantu kekurangan pekerja ladang.

"Tapi masalahnya, mereka dibawa masuk atas tiket manifacturing dan services sector. Maka mereka tidak bekerja di ladang sebab waktu dibawa masuk itu they based on manifacturing. Itu (masalah) yang kita berdepan hari ini," kata beliau di Dewan Rakyat pada Rabu.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, negara kehilangan nilai eksport kelapa sawit sekitar RM7.9 bilion setahun disebabkan masalah kekurangan pekerja ladang.

Beliau juga difahamkan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah menghentikan kuota membawa pekerja asing ketika ini dan pihaknya cuba meyakinkan sebahagian daripada mereka untuk menyertai sektor peladangan. - Awani

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved