Jumlah Penonton Apple TV+ Sebulan Lebih Rendah Daripada Penonton Netflix Sehari

TechnologyDigital
23 Jul 2024 • 6:20 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada November depan, genap lima tahun Apple TV+ dilancarkan sebagai platform penstriman video yang ingin bersaing dengan Netflix dan Disney+. Tetapi selepas setengah dekad beroperasi, Apple TV+ pada ketika masih tidak dapat mencapai jumlah penonton yang tinggi. Menurut laporan Bloomberg, jumlah penonton Apple TV+ selama sebulan adalah lebih rendah daripada jumlah penonton Netflix sehari.

image is not available

Di Amerika Syarikat, Apple TV+ hanya memegang 0.2% tontonan TV. Ini adalah angka yang mengecewakan kerana Apple telah membelanjakan lebih $20 bilion sejak Apple TV+ dilancarkan. Data lain yang agak mengejutkan ialah rancangan Masters of The Air yang menelan belanja $250 juta mempunyai jumlah penonton lebih rendah berbanding siri House of Ninja di Netflix. House of Ninja bukan siri yang ternama sedangkan Masters of The Air menerima sentuhan Steven Spielberg dan Tom Hanks yang menerbitkan siri terkemuka Band of Brothers serta The Pacific untuk HBO.

Oleh sebab pulangan kepada pelaburan yang rendah serta jumlah pelanggan Apple TV+ yang rendah, Apple kini sedang dalam usaha untuk mengurangkan perbelanjaan. Pada waktu yang sama muncul laporan Apple TV+ mungkin akan membayar untuk kandungan pihak ketiga dan bukan sekadar hanya kandungan yang diterbitkan sendiri.

Laporan Bloomberg muncul beberapa hari selepas Netflix melaporkan peningkatan 8 juta pelanggan baharu yang mengukuhkan statusnya sebagai platform penstriman berbayar nombor satu dunia. Disney+ yang pada suatu ketika memberikan persaingan sengit mula kehilangan momentum dengan penawaran kandungan yang kurang menarik sejak kebelakangan ini.