Apple TV+ tidak dinafikan adalah platform penstriman video yang menarik tetapi sayang sekali jumlah kandungan yang ditawarkan tidak mencukupi walaupun harga langganan lebih rendah berbanding pesaing. Ini membuatkan orang ramai membatalkan langganan dan kembali ke platform lain seperti Netflix. Apple mungkin telah menemui jalan bagaimana untuk memastikan pelanggan mereka kekal setia.

Menurut Bloomberg, Apple kini dalam perbincangan dengan wakil Hollywood untuk melesenkan filem luar ke Apple TV+. Ini adalah apa yang dilakukan oleh Netflix sehingga mempunyai lebih 18,000 judul (laporan Disember 2023). Perkara ini mungkin akan kembali menarik orang yang telah membatalkan langganan Apple TV+ kembali melanggan. Apple turut menyedari yang filem asli mereka yang turut ditayangkan di pawagam seperti Argylle dan Napoleon tidak membantu menambah jumlah pelanggan.
Awal tahun ini di Amerika Syarikat, Apple telah menambah 50 filem luar seperti Mean Girls dan Titanic. Ia dilihat membawa impak positif. Pemantauan peribadi saya, hanya selepas beberapa siri sains fiksyen Apple TV+ tular seperti Silo dan Dark Matter barulah ramai yang melanggan. Mana tahu dengan HBO pun telah menawarkan kandungan ke platform luar, suatu hari nanti kita boleh kandungan seperti Westworld di Apple TV+. Apa pendapat anda?

