
Tular satu video di media sosial menunjukkan seorang remaja perempuan yang baru saja berusia 13 tahun selamba memandu kereta. Dahlah tak ada lesen, bahaya dik!
Kalau korang tengok video yang dimuat naik X UpdateInfo, remaja itu siap bawa dua orang adik kecilnya yang duduk di kerusi penumpang untuk bersiar-siar di kawasan taman perumahannya. Tak pakai seatbelt pula tu!
Remaja itu tahu yang umurnya masih tidak dibenarkan untuk membawa kenderaan tapi dia siap suruh individu yang merakam video itu untuk berjumpa dengan bapanya.
Rupanya ini bukan kali pertama remaja berkenaan dilihat memandu kereta di kawasan perumahan itu.
Sini taman banyak budak budak. I sudah banyak kali jumpa you tau. You pandu sangat cepat. Tak boleh macam tu.
Pihak polis telah mengambil keterangan bapa kepada kanak-kanak itu dan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook…
Rujukan kami: X UpdateInfo



