(VIDEO) Remaja Tingkatan 1 Pandu Viva Bawa Adik Bersiar-Siar, Minta Jumpa Bapa Bila Ditahan Penduduk – “Jumpa Ayah Saya La”

30 Jul 2024 • 1:13 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular satu rakaman video yang memaparkan seorang remaja perempuan berusia 13 tahun memandu kereta Perodua Viva dipercayai milik bapanya di sebuah kawasan taman perumahan.

Menerusi rakaman itu, dia dilihat tidak berseorangan tetapi juga turut membawa dua orang adiknya yang masih kecil dan kedua-duanya duduk di kerusi penumpang hadapan tanpa memakai tali pinggang keledar.

Remaja itu dipercayai membawa adik-adiknya untuk bersiar sebelum ditahan oleh penduduk selepas dilihat memandu dengan melulu dan laju.

image is not available

 

“Jumpa ayah saya la”

Apabila disoal, remaja itu tahu bahawa umurnya masih belum dibenarkan untuk memandu kenderaan namun kemudian meminta wanita berkenaan untuk berjumpa dengan bapanya.

Difahamkan, ini bukan kali pertama remaja perempuan tersebut dilihat memandu kereta di kawasan perumahan terbabit dan wanita itu juga berkata dia akan melaporkan hal tersebut kepada pihak polis.

Sini taman (perumahan) banyak budak budak. I sudah banyak kali jumpa you (memandu) tau. You pandu sangat cepat (laju). Tak boleh macam tu.

Kejadian itu berlaku di Taman Putra Impiana, Puchong dan polis telah pun merakam percakapan bapa kepada kanak-kanak terbabit.

Siasatan lanjut akan diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain di bawah.

image is not available 2 months ago

“Patut Ramai Beli Lesen..” - Rakyat Berang Bayaran Lesen Kereta RM2500, Lebih Mahal Daripada Gaji Minimum