“Jumpa Di Mahkamah” – Bengang Dituduh Dibayar PN, Aeril Zafrel Bagi Tempoh 24 Jam Kepada Pemfitnah

4 Feb 2023 • 11:17 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Kecoh di Twitter baru-baru ini mengenai pelakon, Aeril Zafrel yang didakwa telah dibayar untuk mempromosikan parti politik, Perikatan Nasional pada PRU-15 yang lepas.

Susulan penularan tuduhan tersebut, Aeril telah mengambil langkah untuk memberi masa 24 jam kepada pemfitnah untuk selesaikan isu ini sebelum dibawa ke muka pengadilan.

Permohonan maaf

image is not available

Pelakon itu telah mendedahkan beberapa akaun yang membuat dakwaan palsu tersebut dan mencabar mereka untuk membuat laporan SPRM sekiranya tuduhan itu adalah benar.

Korang nak aku buktikan kenyataan aku?No problem. Jumpa di mahkamah. Di dalam sana boleh sembang lebih sikit. Aku jamin korang akan dapat juga sama aku. Tapi aku bagi tempoh 24 jam pada korang untuk buat permohonan maaf terbuka dan delete post berkaitan.

Menurut Aeril, tindakannya ini dibuat berdasarkan kapasiti peribadi yang telah menganggu dirinya dan isteri, Wawa Zainal yang terpalit dengan tuduhan yang tidak masuk akal.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media