TAHU TAK APA YANG OWNER RESTORAN PALING TAKUT?
Yang paling mereka takut ialah bila aduan rasmi dibuat, pemeriksaan dijalankan, dan premis diarahkan tutup.
Sebab kalau premis makanan didapati tidak bersih, ada najis tikus, lipas, dapur kotor melampau atau keadaan yang boleh membahayakan kesihatan, premis boleh diarahkan tutup sehingga 14 hari di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 untuk kerja pembersihan dan pembetulan.
Empat belas hari itu bukan sekejap.
Empat belas hari dapur tak berasap.
Empat belas hari pelanggan tak masuk.
Empat belas hari jualan terhenti.
Empat belas hari reputasi boleh rosak.
Sebab itu kalau anda nampak benda menjijikkan di premis makanan, jangan sekadar viralkan.
Buat laporan dengan cara yang betul.
Ambil gambar atau video sebagai bukti. Catat nama premis, lokasi, tarikh dan masa kejadian. Kemudian salurkan aduan melalui WhatsApp Aduan Kebersihan Premis Makanan KKM di 012-8484378, SiSPAA KKM, atau terus kepada Pejabat Kesihatan Daerah / Jabatan Kesihatan Negeri berhampiran.
Ini bukan soal mahu jatuhkan bisnes orang.
Ini soal memastikan makanan yang dijual kepada orang ramai disediakan dalam keadaan bersih dan selamat.
Pelanggan datang untuk beli makanan, bukan beli risiko cirit-birit, muntah dan keracunan makanan.
Kalau dapur bersih, owner tak perlu takut.
Tapi kalau najis tikus pun boleh dijumpai di tempat makanan disediakan, orang ramai memang patut bersuara.
Jangan hanya viral. Lapor.
#PublicHealthMalaysia
#KeselamatanMakanan
#KebersihanPremis
#KeracunanMakanan
Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.
