Jumpa secara ‘random’, Lisdawati ajak peminat berbuka puasa

EntertainmentLifestyle
16 Mar 2026 • 3:12 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Baru-baru ini perkongsian seorang pengguna TikTok menjadi perhatian warganet apabila memuat naik video menunjukkan pertemuan mereka dengan pelakon terkenal, Lisdawati.

Dalam video itu, Lisdawati dilihat menunggang motosikal jenama Ducati seorang diri, menarik perhatian ramai peminat.

Lebih menarik, individu berkenaan berkongsi bahawa Lisdawati sempat mengajak mereka berbuka puasa bersama.

“Randomly artis kita orang jumpa dan dia sangat baik. Dia ajak kitaorang berbuka sekali,” katanya. 

♬ Under The Same Moon – Myla

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen turut berkongsi pengalaman peribadi mereka bertemu dengan pelakon tersebut.

“Artis ni memang suka belanja, sebab saya pernah menerimanya.

“Pernah jumpa sebelum dia kahwin, masa itu dia bawa motor besar. Memang tak sombong langsung” kata pengguna di TikTok.

Rata-rata menyifatkan Lisdawati seorang yang mudah didekati dan mesra peminat, sekali gus menambahkan lagi rasa kagum terhadap pelakon itu. -MYBERITA