Jun Jin Shinhwa Tegur Sikap Peminat Terhadap Artis Kesayangan

20 Aug 2024 • 2:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Salah seorang ahli kumpulan Shinhwa, Jun Jin menegur sikap hipokrit peminat terhadap selebriti yang cuba menjalani kehidupan peribadi mereka seperti orang biasa.

Peminat tidak bersetuju


Bintang tersebut melahirkan rasa pelik mengenai bagaimana segelintir peminat boleh menerima kehidupan peribadi mereka namun ada juga yang kurang bersetuju apabila idola mereka dilamun cinta atau berkahwin. 
Bagi Jun Jin, wujudnya “double standard” apabila perkara yang melibatkan artis kesayangan mereka.


Bagaimanapun, kata Jun Jin, dia juga berasa terharu apabila melihat peminat yang pernah menyokongnya semasa era kegemilangannya hadir ke konsert Shinhwa bersama keluarga mereka.

 

“Mereka datang sebagai keluarga tiga generasi. Saya tidak akan dapat melihat ini jika saya tidak menjadi sebahagian daripada Shinhwa.

“Ini semua adalah hasil sokongan dan kasih sayang peminat, tetapi ada yang membuatkan kami terasa apabila peminat semua sudah berkahwin dan datang ke konsert dengan suami dan anak-anak mereka, tetapi mereka terus memberitahu kami supaya jangan berkahwin,” katanya menerusi temu bual dalam rancangan Baek Ban Gi Haeng baru-baru ini.

 

Nyatakan sokongan yang sama


Dalam pada itu, Jun Jin juga menyarankan agar peminat dapat mempertimbangkan semula sikap mereka dan menunjukkan sokongan yang sama terhadap kehidupan peribadi idola seperti mana mereka mengharapkan artis kesayangan mereka sentiasa berada dalam keadaan terbaik.

Untuk info, Jun Jin mendirikan rumah tangga bersama dengan bekas pramugari, Ryu Yi-Seo pada Oktober 2017.

Selain Jun Jin, tiga daripada enam ahli Shinhwa yang sudah mendirikan rumah tangga adalah Eric dan Andy. 

 

Sumber: Koreaboo