Jurugambar dakwa Hatta Dolmat ‘bluetick’ 3 bulan, bayaran masih tergantung

LocalWomen's Fashion
11 Aug 2025 • 11:21 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

image is not available

KUALA LUMPUR – Seorang jurugambar mendakwa tidak menerima baki bayaran perkhidmatan daripada pereka fesyen terkenal tempatan, Hatta Dolmat meskipun sudah lebih tiga bulan selepas menghadiri sebuah acara fesyen yang turut meraih pengiktirafan Malaysia Book of Records.

Dalam satu kenyataan menerusi hantaran di media sosial, jurugambar berkenaan mendakwa pihak pereka fesyen tersebut tidak memberikan sebarang respons terhadap tuntutan baki pembayaran walaupun telah beberapa kali dihubungi.

“Careful bila job dengan @hattadolmat_… hampir tiga bulan kena ‘bluetick’ bila saya follow up pasal baki bayaran. Dah lebih tiga bulan, satu habuk pun tak dapat. Event yang saya sertai itu dapat award Malaysia Book of Records, gambar pun sudah dimuat naik, tetapi baki bayaran diam begitu sahaja,” tulisnya.

Tinjauan MYBERITA di ruangan komen mendapati pelbagai reaksi warganet, termasuk yang menyifatkan kelewatan itu terlalu lama dan menjejaskan profesionalisme. Ada juga yang mendakwa isu kelewatan bayaran bukan perkara baharu, selain yang berharap ia dapat diselesaikan secara baik.

Jurugambar berkenaan menegaskan tuntutannya adalah semata-mata bagi mendapatkan bayaran yang masih tertunggak.

Setakat ini, MYBERITA telah berusaha mendapatkan maklum balas daripada pereka fesyen terbabit namun tiada respons diberikan.

Berita selanjutnya menyusul.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved