Hatta Dolmat Layar Semula Memori 10 Tahun KLFW Menerusi Koleksi ‘Perahu Kertas’

6 Aug 2025 • 8:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pereka fesyen, Hatta Dolmat kembali ke pentas Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2025 dengan koleksi terbaharu berjudul Perahu Kertas, sebagai simbolik kepada pelayaran 10 tahunnya bersama acara fesyen berprestij itu.

image is not available

Menerusi koleksi tersebut, Hatta menterjemahkan kisah ketabahan, keberanian dan kreativiti tanpa henti dalam mendepani pelbagai cabaran kehidupan sebagai seorang pereka fesyen tempatan.

 

“Perjalanan 10 tahun saya bersama KLFW bukan sekadar ruang untuk mempersembahkan rekaan. Ia adalah tempoh pembelajaran dan penemuan makna sebenar di sebalik fesyen lestari.

 

“Pengalaman ini membentuk cara saya berkarya dan menyampaikan naratif menerusi setiap helaian pakaian yang saya hasilkan,” kata Hatta.

image is not available

Mengambil inspirasi daripada simbolik perahu kertas yang halus, ringan dan mudah koyak, koleksi ini bukan sekadar himpunan fesyen,  sebaliknya merupakan naratif emosi yang mendalam tentang perjuangan seorang pereka.

 

Bagi Hatta, perahu kertas itu menggambarkan dirinya sendiri dalam dunia fesyen iaitu rapuh namun terus bertahan, lembut namun tegas, dan sentiasa dipandu oleh harapan yang tidak pernah padam.

image is not available

Tidak seperti kebiasaan yang penuh glamor, Hatta kali ini memilih pendekatan lebih minimalis dan reflektif di pentas peragaan. 

 

Menggunakan fabrik ringan seperti kapas, linen dan denim, setiap potongan menggambarkan rentak kehidupan seharian dengan siluet yang diinspirasikan daripada seni lipatan kertas (origami) membangkitkan memori zaman kecilnya dengan penuh nostalgia.

image is not available

“Seperti perahu kertas, hidup ini mudah tercalar. Kita berhenti, kita berehat. Namun apabila harapan kembali menyala, kita temui semula keberanian untuk belayar,” kata Hatta lagi. 

Menariknya, Perahu Kertas turut menampilkan kerjasama istimewa bersama Opai, menerusi pelancaran minyak wangi baharu dinamakan HOPE

image is not available

Wangian tersebut diinspirasikan daripada kenangan zaman kanak-kanak Hatta, dengan setiap nota bau dipilih sendiri oleh pereka itu.

 

“Inilah kolaborasi pertama seumpamanya di Malaysia yang menggabungkan fesyen dan haruman dalam bentuk paling peribadi,” ujar Opai.