
Seorang jurugambar sambilan, Muhammad Imran Khairil, yang telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas dua pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap dua orang pereka fesyen telah didakwa sengaja mencederakan Azmi Abdul Rahman dan Raziman Din menggunakan kamera sebagai senjata.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah hotel di Petaling Jaya, jam 9 malam, 8 Januari lalu.

Sumber : Kosmo
Menurut Mstar, Imran atau lebih dikenali sebagai Aqo Imran membuat pengakuan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya dengan mengaku tidak bersalah ke atas pertuduhan tersebut.
Saya faham pertuduhan, mengaku tidak bersalah.
Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Husna Amran, telah mencadangkan jaminan RM8,000 bagi setiap pertuduhan namun Majistret Farah Azura Mohd Saad menetapkan jaminan sebanyak RM3,500 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin, selain syarat tambahan iaitu melarang tertuduh mendekati atau mengganggu mangsa.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 28 Februari depan.
“Bukan Begini Caranya!” - Datuk Seri Vida Akui Terkejut Lihat Pereka Fesyen Diserang Jurugambar
The post Jurugambar Mengaku Tidak Bersalah Serang Pereka Fesyen, Bayar Jamin RM3,500 Bagi Setiap Pertuduhan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

