“Sepanjang Mengenali Dia, Dia Bukan Jenis Begitu, Mungkin Sebab…” – Harris Annuar Tampil ‘Back Up’ Jurugambar

LocalEntertainment
10 Jan 2025 • 2:27 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon, Harris Annuar akui terkejut dengan insiden yang melibatkan jurugambar, Aqo Imran didakwa mencederakan dua pereka fesyen dalam sebuah acara anugerah usahawan di sebuah hotel pada malam Rabu lalu.

Harris berkata, dia cukup mengenai jurugambar tersebut dan memberitahu jurugambar itu bukanlah seorang yang panas baran dan tindakannya pada malam itu mungkin disebabkan dia sudah lama menahan sabar.

image is not available

Sepanjang mengenali Aqo, dia bukan jenis begitu (panas baran dan ganas). Mungkin sebab dia sudah lama pendam.

 

Mungkin sebab terlalu geram jadi dia lepaskan. Kami memang rakan baik, tahu luar dalam masing-masing.

 

Tiga tahun kami duduk serumah waktu PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), dia seorang yang baik dan cukup menjaga solat. Dia tak pernah buat masalah.

Menurut Mstar, pelakon itu turut memberitahu jurugambar tersebut tidak pernah berkongsi isu hutang membabitkan dua pereka fesyen iaitu Razman dan Razmi kepadanya.

image is not available

Berkenaan isu hutang, dia tak pernah kongsi kepada saya. Saya tahu lepas baca berita mengenai kes dia semalam.

Pelakon itu sempat menitipkan doa agar urusan rakan baiknya itu dipermudahkan.

image is not available 3 days ago

Jurugambar Mengaku Tidak Bersalah Serang Pereka Fesyen, Bayar Jamin RM3,500 Bagi Setiap Pertuduhan