Jurugambar ‘MIA’, Bride Assistant Dipuji Jadi Hero Tolong Ambil Foto & Rakam Momen Pengantin [Video]

19 May 2026 • 12:13 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Jurugambar ‘MIA’, Bride Assistant Dipuji Jadi Hero Tolong Ambil Foto & Rakam Momen Pengantin [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Hari pernikahan dan persandingan sudah semestinya antara momen terpenting bagi pasangan raja sehari. Namun kita sebagai manusia hanya mampu merancang. Kadangkala segala persiapan dan jadual yang diatur tidak berjalan seperti yang diharapkan semasa hari kejadian.

Itulah yang berlaku kepada pasangan pengantin ini apabila jurugambar mereka lesap semasa hari pernikahan.

Baca Artikel Berkaitan: MUA ‘Lesap’, Ramai Kagum Pengantin Wanita Kekal Tenang & Cari Mekap Artis Lain Untuk Majlis Kahwin [Video]

Jurugambar Tak Munculkan Diri Ketika Majlis Akad Nikah

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Bride Assistant (pembantu pengantin) sepenuh masa dikenali sebagai Aeraa.

Menurutnya, jurugambar sepatutnya tiba ke dewan pernikahan sebelum akad nikah berlangsung, jam 8.30 pagi. Namun empunya badan masih belum memunculkan diri meskipun waktu sudah 8.40 pagi.

Dia juga sudah menghubungi dan menghantar mesej kepada jurugambar itu beberapa kali, namun masih tidak berjawab.

Tidak mahu pengantin beremosi pada ketika itu, Aeraa mengambil keputusan untuk membantu mengambil dan merakam seberapa banyak klip yang dia mampu sepanjang majlis tersebut berjalan.

Image from: Jurugambar ‘MIA’, Bride Assistant Dipuji Jadi Hero Tolong Ambil Foto & Rakam Momen Pengantin [Video]
Sumber: TikTok (@princess.aeraa)

“Sebab pengantin masih sedang dalam proses akad nikah, saya wakil kepada pengantin untuk hubungi pihak jurugambar yang bertugas tetapi masih tiada respon.

“Untuk tenangkan pengantin saya memberitahu mereka saya akan cuba mewakili jurugambar dahulu dengan mengambil gambar dan video sepanjang majlis,” katanya.

BA Bantu Tetamu & Keluarga Berposing Untuk Gambar

Menurut Aeraa, dia mula mengambil alih atur cara majlis selepas keluarga dilihat seperti buntu tentang apa yang perlu dilakukan sejurus selepas akad nikah. Menerusi video tersebut, kelihatan BA itu sedang membantu keluarga untuk berposing bagi sesi bergambar.

Malah dia juga telah menawarkan diri untuk mengambil gambar tetamu bersama pengantin.

“Saya cuba sehabis baik untuk lakukan (bantu ketika) momen-momen penting seperti pembatalan air sembahyang, sesi pemberian mas kahwin, bergambar bersama ahli keluarga.

“Saya pun bersyukur sangat bila kedua-dua pengantin masih boleh kekal tenang dan boleh gembira macam ni,” katanya.

@princess.aeraa unexpected situation for last weekend. semoga semuanya dipermudahkan untuk kedua dua pihak 🫶 #brideassistant #brideassistantselangor #brideassistantkl #bridesmaids #fyp ♬ original sound – princess.aeraa

Tonton video penuh [DI SINI].

Bantu Ambil Gambar & Rakam Momen Pengantin Hingga Majlis Tamat

Aeraa dalam masa sama turut membantu mengambil gambar dan merakam video mempelai semasa sesi pemotongan kek.

“Masa ni dah pukul 10.30 pagi, saya tawarkan diri untuk ambilkan momen-momen mereka berdua sebelum tamat majlis. Sekurang-kurangnya adalah sikit momen di hari bahagia mereka walaupun saya mampu ambil pakai telefon sahaja.

“Saya harap dengan kehadiran saya dapat melengkapkan apa yang kurang dalam majlis mereka hari tu,” tambahnya di akhir perkongsian.

Baca Artikel Berkaitan: “1 Tarikh 3 Peristiwa” – Pengantin Perempuan Hilang Ibu Tercinta 6 Jam Sebelum Nikah & Pada Hari Lahir [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Kecam Wanita Cerita Detik Anak Robohkan Pelamin Di Majlis Kahwin, Pengantin Tampil Beri Penjelasan [Video]

Ramai Puji BA Kerana Sudi Bantu Pengantin Jadi Jurugambar

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji Aeraa kerana cepat bertindak dan membantu mengambil tugas jurugambar bagi pada hari itu.

“Nasib baik upah BA dan BA sangat-sangat membantu. Kalau tak macam manalah momen sekali seumur hidup dia tu. Semoga awak dimurahkan rezeki, traffic light selalu hijau,” kata seorang wanita.

“Sis sumpah awak memang terbaik. Terima kasih sebab jadi penyelamat kedua-dua pengantin. Kalau saya jadi pengantin, saya akan sangat hargai awak,” tambah seorang pengguna Threads.

Malah ramai juga bersimpati dengan nasib pengantin apabila jurugambar yang ditempah tidak munculkan diri.

“Kenapa ada yang sanggup buat pasangan pengantin macam ni. Hari istimewa diorang seumur hidup weh!” ujar seorang lelaki.

Netizen Kongsi Dugaan Ketika Hari Perkahwinan

Sementara itu, ada juga warganet yang berkongsi dugaan dilalui sebelum ini semasa hari perkahwinan.

“Saya kahwin pun jurugambar buat hal. Kamera dia rosak masak hari majlis tapi pura-pura ambil gambar. Berbulan tunggu album siap rupanya gambar tak ada,” luah seorang wanita.

Berikut antara komen-komen netizen:

Image from: Jurugambar ‘MIA’, Bride Assistant Dipuji Jadi Hero Tolong Ambil Foto & Rakam Momen Pengantin [Video]
Image from: Jurugambar ‘MIA’, Bride Assistant Dipuji Jadi Hero Tolong Ambil Foto & Rakam Momen Pengantin [Video]
Image from: Jurugambar ‘MIA’, Bride Assistant Dipuji Jadi Hero Tolong Ambil Foto & Rakam Momen Pengantin [Video]
Image from: Jurugambar ‘MIA’, Bride Assistant Dipuji Jadi Hero Tolong Ambil Foto & Rakam Momen Pengantin [Video]
Image from: Jurugambar ‘MIA’, Bride Assistant Dipuji Jadi Hero Tolong Ambil Foto & Rakam Momen Pengantin [Video]
Image from: Jurugambar ‘MIA’, Bride Assistant Dipuji Jadi Hero Tolong Ambil Foto & Rakam Momen Pengantin [Video]
Image from: Jurugambar ‘MIA’, Bride Assistant Dipuji Jadi Hero Tolong Ambil Foto & Rakam Momen Pengantin [Video]
Image from: Jurugambar ‘MIA’, Bride Assistant Dipuji Jadi Hero Tolong Ambil Foto & Rakam Momen Pengantin [Video]
Sumber: TikTok (@princess.aeraa)
View Original Article