Jurujual pandu cuai sebabkan kemalangan didenda RM10,000

LocalCars
26 Oct 2023 • 4:53 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

TAWAU: Seorang jurujual lelaki didenda RM10,000 atau penjara tiga bulan di Mahkamah Majistret di sini, pada Rabu, kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan dua orang cedera dalam kemalangan jalan raya tahun lepas.

Roslee Michael, 49, mengaku di hadapan Majistret Don Stiwin Malanjun bahawa dia melakukan kesalahan trafik itu di Jalan Utara Baru sekitar jam 10.30 malam pada 7 Mei 2022.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh sedang memandu kereta jenis Perodua Alza dari arah Sin San Pasir Putih menuju ke Tanjung Batu Kukusan, sebelum terlibat kemalangan dengan sebuah motosikal sehingga mengakibatkan penunggang dan pemboncengnya cedera parah.

Siasatan polis mendapati, ketika tertuduh sampai di Jalan Utara Baru di hadapan bangunan Pemborong Roman, telefon bimbitnya terjatuh ke bawah alas kaki kerusi pemandu dan dia menundukkan kepala untuk mengambilnya.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Tindakan itu menyebabkan tertuduh hilang kawalan pemanduan lalu termasuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal jenis Yamaha LC135 yang datang dari arah bertentangan.

Tertuduh tidak cedera dalam kemalangan itu.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) yang membawa hukuman denda sehingga RM10,000 dan boleh dipenjarakan tidak lebih 12 bulan, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Trafik, ASP Joan Lee tampil mendakwa.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.