Jurujual telefon bimbit disamun rakan sekerja

6 Nov 2026 • 3:14 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Jurujual telefon bimbit disamun rakan sekerja

LUMUT – Seorang jurujual ditahan polis setelah dia dipercayai menyamun rakan sekerjanya semalam melibatkan 40 buah telefon bimbit bernilai antara RM50,000 ke RM60,000.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd. Rahman berkata, mangsa seorang wanita berusia 20 tahun disamun ketika dia berada di Marina Island di sini, untuk mengambil rakan sekerjanya.

Beliau berkata, mangsa bersama rakan sekerjanya itu sepatutnya ke Ipoh untuk menjual barangan berkenaan sebelum mereka disamun dua suspek.

“Susulan itu, seorang suspek telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung. Suspek baharu kerja selama sebulan sebagai jurujual di kedai telefon yang sama dengan mangsa,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, suspek turut mempunyai 15 rekod lampau.

“Siasatan dibuka di bawah Sek 395 Kanun Keseksaan. Tangkapan direman selama lima hari untuk membantu siasatan,” katanya.

Hasbullah berkata, ⁠setakat ni belum ada sebarang rampasan yang telah dibuat. – KOSMO! ONLINE

The post Jurujual telefon bimbit disamun rakan sekerja appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved