Lelaki positif dadah lari pemeriksaan polis, langgar beberapa kenderaan

1 Nov 2026 • 12:46 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Lelaki positif dadah lari pemeriksaan polis, langgar beberapa kenderaan

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang melarikan diri daripada pemeriksaan polis selepas dikesan menggunakan telefon bimbit ketika memandu, bertindak melanggar beberapa kenderaan sepanjang aksi mengejar dari Sri Petaling ke Cyberjaya, semalam.

Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di Persiaran APEC, Cyberjaya selepas dikejar anggota polis yang bertugas di Balai Polis Sri Petaling.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, kejadian bermula kira-kira pukul 1.20 tengah hari ketika anggota polis sedang melakukan rondaan menggunakan kenderaan peronda di Jalan Merah Silu, Sri Petaling.

Menurutnya, anggota polis terbabit melihat sebuah van jenis Nissan Vanette dipandu suspek sambil menggunakan telefon bimbit sebelum mengarahkannya berhenti untuk pemeriksaan.

“Bagaimanapun, pemandu terbabit bertindak membuat pusingan U sebelum melarikan diri sehingga menghala ke Lebuh Raya MEX.

“Suspek berjaya ditahan di Persiaran APEC, Cyberjaya dan pemeriksaan terhadap kenderaan itu tidak menemui sebarang barang salah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, suspek turut dipercayai melanggar beberapa kenderaan sepanjang laluan dari Sri Petaling ke Cyberjaya.

Katanya, pemandu kenderaan yang terlibat akan membuat laporan polis berhubung kejadian itu kepada pihak trafik.

Tambahnya, lelaki berkenaan yang bekerja sebagai penghantar makanan mempunyai empat rekod lampau berkaitan narkotik.

“Ujian saringan awal air kencing terhadap suspek didapati positif dadah jenis methamphetamine.

“Suspek akan dipohon reman hari ini bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Lelaki positif dadah lari pemeriksaan polis, langgar beberapa kenderaan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved