Jurulatih Berbasikal Trek Negara, John Beasley Mohon Maaf Kepada Rakyat Malaysia

Entertainment
11 Aug 2024 • 9:21 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Perjuangan The Pocket Rocketman di sukan Olimpik Paris 2024 berakhir apabila Datuk Azizulhasni Awang telah dibatalkan penyertaan kerana didapati memotong derny (basikal elektrik yang berfungsi sebagai pacer) sebelum derny tersebut meninggalkan trek.

image is not available

Anda boleh baca penjelasan dari jaguh berbasikal trek negara ini di sini berhubung situasi yang berlaku di Velodrom Saint Quentin malam tadi waktu Malaysia.

Jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley memohon maaf kepada rakyat Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) atas perkara yang berlaku kepada Datuk Azizulhasni Awang.

John Beasley berkata demikian dalam temubual bersama Astro Arena sejurus kejadian itu di velodrom berkenaan.

Rata-rata netizen di platform X juga turut bersedih dengan keputusan tersebut namun rata-ratanya turut memberikan kata-kata semangat kepada Datuk Azizulhasni Awang, jurulatih dan pasukannya.

Walaubagaimanapun, perjuangan team Malaysia masih belum selesai kerana kita masih mempunyai seorang lagi wakil negara dalam acara berbasikal trek ini iaitu Muhammad Shah Firdaus Sahrom.

Sama-sama kita beri sokongan kepada beliau!

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.