Jurulatih Ecuador letak jawatan selepas tersingkir daripada Piala Dunia

FootballSports
1 Jul 2026 • 6:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Jurulatih Ecuador letak jawatan selepas tersingkir daripada Piala Dunia
Sebastian Beccacece - Foto: Reuters

JURULATIH Ecuador, Sebastian Beccacece mengumumkan peletakan jawatannya susulan penyingkiran pasukannya daripada Piala Dunia FIFA, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

"Keputusan adalah yang paling penting dan hari ini saya perlu mengucapkan selamat tinggal kepada sebuah keluarga yang indah dan hebat," kata jurulatih kelahiran Argentina berusia 45 tahun itu selepas kekalahan 0-2 kepada Mexico, yang juga tuan rumah bersama Piala Dunia, dalam pusingan kalah mati pada Selasa malam.

Beccacece berkata, beliau berasa "amat bersyukur, tenang dan damai" kerana pasukannya telah memberikan segala-galanya.

Menentang Mexico, Ecuador jelas tidak mampu menandingi lawan, terutamanya pada babak pertama perlawanan apabila sudah ketinggalan 0-2 selepas perlawanan berlangsung lebih setengah jam.

Ecuador mara ke pusingan 32 hasil kemenangan 2-1 ke atas Jerman dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan mereka.

"Segala-galanya adalah untuk mencapai sasaran yang kami tetapkan. Namun, itulah lumrah bola sepak," kata Beccacece yang mengambil alih jawatan itu pada Ogos 2024. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved