Jurulatih Indonesia Bercita-Cita Nak Bimbing Real Madrid, ‘Minat Sejak Kecil’

Football
7 Dec 2023 • 7:15 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Jurulatih Indonesia Bercita-Cita Nak Bimbing Real Madrid, ‘Minat Sejak Kecil’

Jadikan Real Madrid sebagai impian sejak kecil, jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan (B17) Indonesia, Bima Sakti dedah impian terbesarnya mahu kemudi gergasi Sepanyol itu.

Perkara tersebut didedahkan dalam temu bual yang dilakukan oleh pengguna TikTok @agp_football dalam satu muat naik baru-baru ini.

Lelaki tersebut bertanya soalan kepada Bima Sakti berkenaan pasukan yang ingin dia kelola sekiranya diberikan peluang jadi jurulatih di luar negara.

“Sebagai contoh, jika anda jadi seorang jurulatih untuk pasukan luar, mahu jadi untuk pasukan mana?” tanya lelaki itu

“Real Madrid. Kerana mereka mempunyai pencapaian yang luar biasa. Kemudian, sejarah mereka juga sangat bagus dalam La Liga, pertandingan tempatan dan antarabangsa, Liga Juara-Juara dan liga-liga lain,” jawab Bima Sakti.

Dalam pada itu, Bima Sakti turut menceritakan dia mahu mengikut jejak Zinedine Zidane, bekas pemain dan jurulatih Real Madrid yang menjadi pujaannya.

“Sejak kecil, saya mengidolakan Real Madrid, sejak Fernando Redondo, Christian Karembeu, kemudian Roberto Carlos dan Zinedine Zidane.

“Saya juga peminat Zidane,” kata Bima Sakti.

Dia juga sempat menyelit mengatakan sekiranya diberikan peluang untuk membeli pemain buat pasukan Real Madrid yang dikelola olehnya, Bima mahu membeli pemain bola sepak di negaranya.

“Saya mahu beli Arkhan Kaka, biar dia masuk Real Madrid,” ujarnya.

Difahamkan juga, perlawanan bagi Piala Dunia B-17 baru sahaja tamat namun malangnya, dia gagal membawa Pasukan Kebangsaan Indonesia Bawah 17 lebih jauh.

Indonesia dilapor tersingkir dalam fasa kumpulan selepas hanya menduduki tempat ketiga.

@agp_football

Membalas @ilhamrm019xx Lanjutan interview bareng Coach Bima Sakti. #bintangmasadepan #olahragatiktok #bimasakti

♬ suara asli – AGP – AGP

Sumber: Viva.co