“Kalau lalu sini dia minta nak masuk” – Bapa Penuhi Impian Anak Melawat Balai Bomba

Entertainment
7 Dec 2023 • 3:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Korang ingat lagi tak zaman dulu, cita-cita korang nak jadi apa? Kebiasaannya ketika kecil dahulu, pasti ada antara kita berangan untuk menjadi polis, bomba ataupun doktor apabila sudah dewasa.

Satu video yang tular di TikTok semalam, seorang bapa memenuhi impian anak lelakinya dengan melawat ke sebuah balai bomba di Melaka. Hantaran yang dimuat naik oleh akaun @najwanasuhaaa_ telah membuatkan netizen terhibur dengan gelagat dua beranak itu.

@najwanasuhaaa_

Adhwa memang sangat obsess dgn bomba. Memang kalau lalu sini dia mintak nak masuk. Kalini betol ayah bawak turun siap dapat masuk. Terima kasih hiburkan adhwa mikail

♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

“Adhwa memang obses dengan bomba”

Menerusi video berdurasi 39 saat itu, Najwa Nasuha mengatakan anaknya itu sangat meminati bomba dan sudah beberapa kali meminta untuk melawat balai bomba yang terletak di Padang Temu, Melaka.

Adhwa memang sangat obses dengan bomba. Memang kalau lalu sini dia mintak nak masuk.Kali ni betul ayah bawak turun siap dapat masuk.

Bapa Adhwa Mikail telah memenuhi impian anaknya dengan melawati balai bomba itu dan sebagai kenangan, dia mengambil gambar anaknya berdiri di hadapan balai tersebut. Dapat dilihat dua beranak tersebut gembira pada ketika itu.

Dapat melawat dalam balai

Tidak lama selepas itu, Adhwa dan bapanya dibenarkan untuk memasuki perkarangan balai bomba dan mereka tidak melepaskan peluang untuk melihat trak bomba dari jarak yang lebih dekat.

Selain itu, mereka berdua juga melihat alatan keselamatan dan sut uniform lengkap yang dipakai oleh anggota bomba. Lawatan yang tidak dirancang itu dapat dijadikan kenangan manis untuk Adhwa yang sangat meminati kerjaya bomba.

Menjengah di ruangan balas, ramai netizen teruja melihat reaksi Adhwa dan mendoakan Adhwa dapat menjadi anggota bomba apabila dewasa nanti.

image is not available image is not available image is not available

Bestnya tengok Adhwa lawat balai bomba. Hope besar nanti jadi ahli bomba yang berjaya ye!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.