Jurulatih muda latih Belgium

8 Feb 2023 • 9:49 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tedesco ditawarkan kontrak untuk membimbing Belgium sehingga Euro 2024 di Jerman. - Foto Agensi

JURULATIH muda berusia 37 tahun, Domenico Tedesco dinamakan sebagai pengendali baharu skuad kebangsaan Belgium pada malam Rabu.

Tedesco yang dilahirkan di Itali mengambil alih tugas Roberto Martinez yang melepaskan jawatan selepas perjuangan Belgium di Piala Dunia 2022 sekadar di peringkat kumpulan.

Persekutuan Bola Sepak Belgium (RBFA) dalam satu kenyataan menyebut, kontrak Tedesco adalah sehingga Euro 2024 di Jerman.

“Misi Tedesco adalah memastikan Belgium layak ke Euro 2024. Perlawanan kelayakan pertama adalah menentang Sweden di Stockholm pada 24 Mac,” ujar RBFA.

Martinez meninggalkan skuad Red Devils selepas gagal mara ke pusingan kalah mati di Qatar akhir tahun lalu, sekali gus mengakhiri era pemain generasi emas negara itu.

Tedesco yang pernah melatih Schalke, Spartak Moscow dan RB Leipzig dijangka diperkenalkan kepada media tidak lama lagi.

“Ini adalah pengiktirafan besar apabila dilantik sebagai ketua jurulatih baharu Belgium.

“Saya teruja untuk memikul cabaran ini. Saya merasakan satu perasaan yang baik sejak perbualan pertama dengan pengurusan Belgium,” ujar Tedesco menerusi kenyataan RBFA.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved