Jurulatih selam ditahan berhubung kes pukul, ugut

26 Jul 2025 • 10:09 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Azmie Lim

SEMPORNA: Seorang jurulatih selam berusia 38 tahun ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam kes serangan fizikal dan ugutan jenayah membabitkan seorang lelaki warga asing di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Semporna, DSP Jaafar Hakim, berkata suspek tempatan itu ditahan selepas pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 34 tahun, pada Rabu (23 Julai).

“Mangsa mendakwa dia dipukul dan diugut oleh suspek yang juga seorang jurulatih selam,” katanya dalam satu kenyataan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada pertengkaran semasa aktiviti menyelam di Pulau Timba-Timba pada Selasa, apabila sebuah tangki gas milik mangsa secara tidak sengaja terjatuh dan mencederakan kaki suspek.

“Suspek kemudian mendapatkan rawatan di Tawau dan keesokan harinya kembali ke premis syarikat pelancongan untuk bersemuka dengan mangsa serta didakwa menuntut pampasan,” kata Jaafar.

Dalam pertengkaran yang berlaku, suspek didakwa telah memukul dan mengugut untuk mencederakan mangsa.

Kes berkenaan yang kini tular di media sosial disiasat di bawah Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.

Polis meminta mana-mana saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan. Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Sarjan Nurfazlina Abdullah di talian 019-8011009 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna di 089-782020.