
TAWAU: Seorang lelaki warga asing yang juga suspek utama kes rogol seorang gadis bawah umur, ditangkap di kawasan ladang Brumas kira-kira jam 9 malam pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata penahanan terhadap suspek berumur 34 tahun itu dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) bersama anggota Balai Polis Bombalai dan Polis Bantuan.
“Laporan polis diterima daripada seorang remaja perempuan berumur 17 tahun yang mengatakan rakannya berumur 16 tahun dirogol oleh suspek yang juga bekerja sebagai buruh ladang,” katanya di sini pada Jumaat.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Mengulas lanjut, beliau berkata pengadu melaporkan kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 10.30 malam Rabu di kawasan Brumas.
Jasmin berkata mangsa turut memberitahu pengadu, dia dirogol oleh seorang lelaki yang dikenali semasa berada di rumah sepupunya, yang juga jiran pengadu.
“Pengadu kemudiannya tampil membuat laporan di balai polis untuk siasatan dan tindakan lanjut berhubung kes terbabit,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan (kes rogol melibatkan mangsa di bawah umur).
Dalam kes berasingan, seorang lelaki warga asing berumur 26 tahun turut ditahan di Pekan Merotai Besar pada Khamis kerana disyaki mengintai dan merakam seorang wanita semasa berada di sebuah bilik sewa.
Jasmin berkata, selepas menyedari dirinya dirakam, mangsa menjerit meminta tolong daripada jirannya sebelum tampil membuat laporan polis sehingga membawa kepada penahanan suspek.
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 507A Kanun Keseksaan (menghendap) dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah),” katanya.

