Jurulatih Vietnam tak sangka dimalukan Harimau Malaya

LocalFootball
10 Jun 2025 • 11:37 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Harimau Malaya meraih tiga mata berharga selepas menundukkan Vietnam 4-0 pada aksi Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa.

PENGENDALI Vietnam, Kim Sang-sik mengakui kekuatan Harimau Malaya selepas tewas 0-4 dalam aksi Kumpulan F Kelayakan Piala Asia Di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa.

Menurut Sang-sik, dia tidak menyangka akan tewas dengan jumlah jaringan besar dan bertanggungjawab atas kekalahan tersebut.

"Ia keputusan yang tidak dijangka. Saya tahu penyokong cukup kecewa dan saya bertanggungjawab dengan kekalahan ini.

"Dalam perlawanan ini Malaysia sangat kuat.

"Mereka ramai pemain dari luar negara. Itu fakta kami perlu terima," katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.

Dalam perlawanan itu, Vietnam terpaksa menelan kepahitan tewas menerusi jaringan Joao Vitor Figueireido, Holgado, Corbin Ong dan Dion Cools.