Jururawat Diceraikan Selepas 5 Tahun Jaga Suami Sakit, Tampil Mohon Maaf Secara Terbuka

LocalEntertainment
21 Oct 2024 • 10:41 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini, tular di media sosial perkongsian seorang jururawat yang mengucapkan tahniah di atas perkahwinan baru bekas suami.

Perkongsian menjadi tular apabila jururawat berkenaan didapati menjaga suaminya ketika sakit selama 5 tahun.

Namun, tidak lama selepas itu, ramai netizen bertindak lebih jauh dengan membongkar identiti dan media sosial wanita yang menjadi isteri baru bekas suaminya.

@nsmr0203

Assalamuaikum..saya ingin memohon maaf kepada semua yg terlibat terutama kepada syahmi & juga keluarga effa..semua yg terjadi adalah khilaf daripada saya dan sy memohon kepada semua mendoakan yg terbaik untuk kita semua..yg baik2 datang dr Allah, dan yg kurang baik adalah daripada kelemahan diri saya #syahmi #syazwani #effaezan #fypシ #viral

♬ original sound – meh lerr shopping – meh lerr shopping

Bimbang keadaan akan bertambah buruk, jururawat berkenaan akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka melalui satu video di TikTok.

Saya nak minta maaf kepada bekas suami, isteri barunya serta keluarga mereka mengenai posting yang telah viral di Facebook. Semua yang berlaku adalah kesilapan saya.

Wanita itu juga menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk membuka aib atau menyindir, sebaliknya hanya ingin menjawab pertanyaan ramai mengenai perkahwinan bekas suaminya yang sudah menjadi perbualan umum.

Jururawat itu mendedahkan bahawa dia sudah mengetahui tentang perkahwinan bekas suaminya sejak Julai lalu dan mereka berpisah dengan baik tanpa sebarang perselisihan.

Sehingga ke hari ini, tiada pergaduhan yang berlaku. Sepanjang berkahwin, suami menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik terhadap saya dan juga anak.

Dia juga merayu kepada orang ramai agar menghentikan kecaman terhadap bekas suami dan pasangan baharunya.

Dalam permohonan maafnya, wanita ini turut merayu agar netizen berhenti mencari maklumat mengenai bekas suami dan pasangan baharunya di media sosial.

Akhir sekali saya ingin memohon kepada semua untuk hentikan stalk (ambil tahu) Facebook ataupun TikTok bekas suami dan pasangannya.


Sehingga hari ini masih ramai yang memberi kata-kata tidak enak didengar… memaki, mencarut dan menghina yang mana ia sangatlah tidak bagus.

Saya berharap kita sama-sama mengambil iktibar dan pengajaran demi menjernihkan keadaan. Paling penting, kita mendoakan yang terbaik buat semua pihak.

Untuk makluman jururawat itu diceraikan selepas lima tahun menjaga suaminya yang terlantar sakit akibat kemalangan sekitar Ogos 2019.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok