Penunggang Motosikal Buat Aksi ‘Wheelie’ Kini Dikesan Polis

LocalCars
21 Oct 2024 • 2:31 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di aplikasi X baru-baru ini memaparkan video penunggang motosikal Honda EX5 yang melakukan aksi ‘wheelie’ sambil membonceng seorang wanita di Terengganu.

Memetik dari Buletin TV3, Dalam kejadian itu, penunggang dan pemboncengnya telah jatuh selepas membuat aksi itu dan telah melanggar bahagian depan sebuah kereta Perodua Myvi yang sedang berada di laluan bertentangan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata pihaknya menerima laporan yang dibuat mangsa yang juga merupakan pemandu Perodua Myvi itu.

Bagaimanapun, penunggang dan pembonceng motosikal itu bertindak melarikan diri selepas kejadian itu.

Kes sedang disiasat dibawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis sedang giat mengesan penunggang dan pembonceng motosikal yang terbabit.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

image is not available 1 day ago

“Saya Bukanlah Mahu Buka Aib Atau Menyindir Tapi...” - Jururawat Tampil Beri Respon Tujuan ‘Post’ Gambar Kahwin Bekas Suami

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved