Jururawat Digantung Tugas, Tak Sengaja ‘Tersiar’ Wanita Bersalin Dalam TikTok Live

Entertainment
29 Apr 2023 • 4:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Gara-gara menyiarkan video seorang wanita yang sedang melahirkan anak di TikTok live, seorang jururawat di Serbia menerima kecaman ramai. Kejadian dilaporkan berlaku sekitar pukul 4.30 pagi pada Selasa lalu.

Menurut sumber, siaran langsung tersebut ditonton kira-kira 200 orang dengan ramai yang mengadu kepada media tempatan berkenaan isu privasi pesakit yang sudah dilanggar.

Ekoran tindakannya yang membuat siaran langsung, pihak hospital mengecam tindakan jururawat itu dan menggantung tugasnya serta-merta. Selain itu, jururawat tersebut juga bakal menghadapi prosiding tatatertib.

image is not available
The mirror

Dalam satu kenyatasn, jurucakap hospital itu mengucapkan terima kasih kepada pihak yang melaporkan kejadian tersebut kepada mereka. Ini membolehkan pihak hospital untuk bertindak dengan segera dan mengambil langkah yang sepatutnya agar tidak terjadi lagi pada masa hadapan.

Mereka juga mendakwa penggunaan telefon bimbit di wad bersalin dan bilik bedah adalah dilarang.

Bagaimanapun, masih tidak jelas sama ada ibu yang dirakam itu memberikan persetujuan untuk disiarkan secara langsung di internet.

Menurut jururawat tersebut, dia mendakwa tidak tahu proses kelahiran itu disiarkan secara langsung. Jelasnya, dia meninggalkan telefon di atas rak sarung tangan, tanpa menyedari kamera dihidupkan dan sedang bersiaran secara langsung di TikTok.

“Sebelum panggilan ke dewan, kami menonton TikTok dan itu adalah perkara terakhir. Dari video itu dapat dilihat bahawa tiada sesiapa di dalam dewan menyedari telefon itu menyiarkan (proses kelahiran itu) secara langsung,”, kata jururawat kepada sumber.

Jururawat yang sudah berkhidmat selama 14 tahun itu memohon maaf keada pesakit dan keluarganya di atas kesilapannya itu.

Kredit: Harian Metro

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.