Jururawat maut terkena renjatan elektrik pemanas air

LocalHealth & Fitness
14 Apr 2026 • 7:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang jururawat, Habibi Hussin maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik yang didakwa berpunca daripada pemanas air.

MACHANG - Seorang jururawat maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik yang didakwa berpunca daripada pemanas air di sini pada Isnin.

Mangsa, Habibi Hussin, 46, yang mempunyai dua orang anak merupakan jururawat yang bertugas di Hospital Tanah Merah.

Kejadian dikatakan berlaku di rumah mangsa di Machang.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Mohd Azman Yacob, ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

"Mangsa meninggal dunia kira-kira jam 3.50 petang di Hospital Machang," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved