Jururawat Maut Dipercayai Terkena Renjatan Elektrik Akibat Pemanas Air

LocalHealth & Fitness
15 Apr 2026 • 12:31 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

MACHANG – Seorang jururawat dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai terkena renjatan elektrik yang dikatakan berpunca daripada pemanas air dalam kejadian pada Isnin.

Mangsa, Habibi Hussin, 46, yang juga ibu kepada dua anak, difahamkan bertugas sebagai jururawat di Hospital Tanah Merah.

Menurut laporan Sinar Harian, kejadian tersebut dipercayai berlaku di kediaman mangsa di Machang.

Meninggal Dunia Di Hospital

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Mohd Azman Yacob mengesahkan kejadian berkenaan ketika dihubungi.

Menurut beliau, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 3.50 petang ketika menerima rawatan di Hospital Machang.

Kes berkenaan sekali lagi menimbulkan kebimbangan mengenai aspek keselamatan penggunaan peralatan elektrik di rumah, khususnya melibatkan pemanas air. – The Malaysian Update

The post Jururawat Maut Dipercayai Terkena Renjatan Elektrik Akibat Pemanas Air appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved