Jururawat Maut Terlanggar Lori Berhenti Di Selekoh Lebuh Raya

LocalCars
19 Feb 2025 • 11:42 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Sejak semalam (18 Februari), tular di media sosial satu rakaman ‘dashcam’ yang memaparkan seorang penunggang motosikal wanita merempuh lori yang berhenti di lorong kecemasan sebuah lebuh raya.

Difahamkan, dalam kejadian yang berlaku pada waktu tengah hari semalam itu, mangsa Nurrul Ilham Noordin yang merupakan seorang jururawat di Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS) meninggal dunia di tempat kejadian.

Menerusi video yang dimuat naik di akaun X @update11111, lori terbabit dilihat berhenti di kawasan jalan berselekoh dipercayai di Lebuhraya SILK, Kajang.

Tiada amaran segi tiga atau kon diletakkan

Dalam rakaman sama, turut kelihatan tiada sebarang segi tiga amaran atau kon yang diletakkan di bahagian belakang lori tersebut untuk memberi amaran kepada penunggang atau pemandu lain di kawasan berkenaan.

Ketiadaan sebarang tanda amaran itu berkemungkinan menjadi punca Nurrul Ilham yang menunggang motosikal di lorong kiri lambat menyedari akan lori berkenaan yang berhenti di bahu jalan dan tidak sempat mengelaknya.

Rempuhan itu menyebabkan Nurrul Ilham bersama motosikal yang ditungganginya terpelanting ke tengah lebuh raya terbabit.

Pemandu mengucap lihat tragedi berlaku depan mata

Turut kedengaran suara lelaki iaitu pemandu kereta yang juga pemilik ‘dashcam’ mengucap selepas melihat tragedi terbabit berlaku di hadapan matanya.

Tidak hanya itu, kereta dipandu lelaki itu juga terlibat dalam kemalangan berkenaan selepas terlanggar motosikal ditunggangi Nurrul Ilham sebelum sebuah lagi kenderaan lain merempuh bahagian belakangnya.

image is not available

Ramai kecam pemandu lori berhenti tanpa letak amaran

Hantaran tersebut mendapat perhatian ramai pengguna media sosial di mana rata-rata mengecam tindakan yang dilakukan oleh pemandu lori itu yang berhenti di bahu jalan berselekoh atau laluan kecemasan tanpa meletakkan sebarang tanda amaran.

Malah, mereka turut meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan yang tegas terhadap pemandu lori terbabit.

Dalam pada itu, orang ramai juga mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga Nurrul Ilham dan mendoakan agar arwah ditempat dikalangan orang-orang beriman.

Setakat artikel ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan daripada pihak berkuasa berhubung kemalangan itu.

image is not available

image is not available

image is not available