Juruteknik Baiki Pencawang Maut Ketika Bekerja Kerana Disengat Tebuan

Entertainment
28 Jul 2023 • 11:27 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Banyak perkara yang tidak dapat dielakkan ketika bekerja atau dengan kata lain kemalangan di tempat kerja, walaupun ia sesuatu yang amat ditakuti, namun kebarangkaliannya itu tetap ada.

Terbaru, seorang juruteknik bertemu ajal ketika sedang melakukan kerja-kerja baik pulih pencawang telekomunikasi setinggi 30 meter selepas disengat tebuan.

Kejadian pada pukul 1.30 petang semalam berlaku di Felda Gunung Bonsu, Karangan, Kedah. Difahamkan, lelaki berusia 30 tahun itu meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Kulim kira-kira pukul 12.10 tengah malam semalam.

image is not available

Menurut laporan Kosmo!, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd. Redzuan Salleh memberitahu kira-kira pukul 1.30 petang semalam pihak polis mendapat laporan dari seorang lelaki yang memaklumkan rakan setugasnya telah disengat tebuan.

“Pada awalnya mangsa telah di bawa ke Klinik Kesihatan Karangan untuk rawatan awal.

Bagaimanapun mangsa didapati mengalami keadaan kesihatan yang lemah dan dibawa ke Hospital Kulim mengunakan ambulans untuk rawatan lanjut,” katanya.

Difahamkan, kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut, jenazah mangsa telah diserahkan kepada waris dan akan dikembumikan di Alor Setar.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.