Jurutera kanan direman bantu siasatan kes rasuah RM100,000

LocalPolitics
21 Feb 2025 • 3:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang jurutera kanan direman dua hari bagi membantu siasatan kes rasuah bernilai RM100,000. Gambar hiasan

LABUAN - Seorang jurutera kanan direman dua hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah bernilai RM100,000.

Majistret Kasyfurrahman Abang Ahmad membenarkan perintah reman itu yang berkuat kuasa Jumaat hingga 23 Februari.

Penjawat awam berumur 42 tahun itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan selepas disoal siasat di pejabat agensi berkenaan pada 4.38 petang Khamis.

Individu terbabit disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 kerana didakwa menerima rasuah RM100,000 daripada sebuah syarikat pembinaan sebagai pertukaran untuk memudahkan pembayaran berkaitan projek di Kolej Vokasional Labuan antara 2021 hingga 2022. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved