Kes bunuh peniaga wanita: Suspek disambung reman tujuh hari

21 Feb 2025 • 12:12 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUANTAN: Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh peniaga wanita yang mayatnya ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini pada 13 Feb lepas, disambung reman seminggu lagi.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata proses sambung reman itu dibuat selepas kes dirujuk kepada Majistret Nor Izzati Zakaria di Mahkamah Majistret di sini, berikutan tempoh reman lelaki berumur 53 tahun itu tamat hari ini.

“Polis telah mendapatkan perintah sambung reman terhadap individu terbabit bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini, mayat seorang peniaga makanan wanita Norshamira Zainal, 37, ditemukan di tepi sungai berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di sini dan siasatan lanjut mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh mangsa.

Susulan itu, polis telah menahan seorang lelaki di kawasan perumahan Wakaf Tembesu Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu pada Sabtu dan merampas sebentuk cincin, wang tunai, pakaian selain dokumen bagi membantu siasatan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved