Jurutera pihak berkuasa tempatan antara lima direman bantu siasatan rasuah

LocalPolitics
24 Jul 2025 • 7:27 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mardinah Jikur

SANDAKAN: Lima individu termasuk jurutera dan penolong jurutera pihak berkuasa tempatan (PBT) direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah, membabitkan jumlah kira-kira RM200,000.

Perintah reman hingga 29 Julai itu dikeluarkan Majistret Yong Ching Hong selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Sandakan, pagi Rabu.

Lima suspek, masing-masing tiga lelaki dan dua wanita berusia 30 hingga lingkungan 50-an itu dipercayai menerima wang suapan secara pindahan ke akaun bank peribadi daripada beberapa kontraktor yang menjalankan kerja-kerja di kawasan PBT berkenaan sejak 2022.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});"Wang rasuah itu dipercayai sebagai balasan kerana membantu mendapatkan sebut harga dan tender melibatkan kerja-kerja di PBT berkenaan dari tempoh 2022 hingga 2025," menurut sumber.

Kesemua suspek ditahan di Pejabat SPRM Sabah ketika hadir memberikan keterangan pada 7 malam Selasa.

Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy mengesahkan penahanan terbabit, mengatakan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved