Juruterbang Malaysia bongkar rahsia sindiket dadah antarabangsa

14 Aug 2026 • 7:43 PM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

Juruterbang Malaysia bongkar rahsia sindiket dadah antarabangsa

KUALA LUMPUR – Polis memperoleh maklumat baharu berhubung kes seorang juruterbang warga Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Indonesia kerana disyaki terlibat dalam penyeludupan dadah.

Maklumat berkenaan diperoleh hasil siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman menerusi sesi pertemuan dan soal siasat terhadap suspek di Jakarta, Indonesia.

Pengarah JSJN, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima kerjasama yang sangat baik daripada Polis Republik Indonesia (Polri) bagi membolehkan pegawai penyiasat berjumpa dan menyoal suspek.

Menurut beliau, pertemuan yang pada asalnya dijadualkan pada 12 dan 13 Ogos itu turut dilanjutkan sehingga hari ini atas ruang yang diberikan pihak Polri.

Katanya, suspek juga memberikan kerjasama baik sepanjang sesi berkenaan dan menyalurkan maklumat penting berkaitan rangkaian sindiket dadah antarabangsa.

“Hasil pertemuan selama dua hari pertama, pasukan JSJN berjaya mengetahui penglibatan (suspek) serta rangkaian dan aliran kewangan sindiket dadah dalam dan luar negara.

“Pertemuan itu turut merungkai bagaimana (suspek) dapat melepasi pemeriksaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya hari ini.

Bagaimanapun, Hussein enggan mendedahkan secara terperinci kaedah yang digunakan suspek bagi melepasi pemeriksaan keselamatan di KLIA kerana ia boleh menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan.

Susulan maklumat yang diperoleh, beliau berkata, JSJN kini giat menjejaki ahli sindiket dadah yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan tersebut di Malaysia.

Sebelum ini, sepasukan pegawai penyiasat JSJN Bukit Aman dihantar ke Jakarta, Indonesia dari 11 hingga 15 Ogos bagi membantu siasatan kes penyeludupan dadah membabitkan juruterbang warga Malaysia berkenaan.

Suspek ditahan pihak berkuasa Indonesia di Terminal 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta pada 28 Julai lalu selepas dipercayai cuba menyeludup kira-kira 25 kilogram dadah ke negara berkenaan.

Kerjasama antara JSJN dan Polri itu dilihat penting bagi membolehkan rangkaian sindiket serta aliran kewangan berkaitan kegiatan penyeludupan dadah berkenaan dikenal pasti dan tindakan lanjut diambil terhadap pihak yang terlibat.

The post Juruterbang Malaysia bongkar rahsia sindiket dadah antarabangsa appeared first on MYBERITA.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved