Seorang juruterbang warga Malaysia ditahan pihak berkuasa Indonesia selepas disyaki cuba menyeludup kira-kira 25 kilogram dadah jenis MDMA (ekstasi) bersama sejumlah kecil syabu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta.
Menurut laporan Harian Metro, lelaki berusia 39 tahun itu ditahan sejurus tiba dari Kuala Lumpur pada malam Selasa selepas gerak-gerinya menimbulkan syak wasangka pegawai kastam.

Pemeriksaan menggunakan mesin pengimbas sinar-X ke atas bagasi kru yang dibawanya menemui imej mencurigakan sebelum pemeriksaan lanjut dijalankan.
Hasil pemeriksaan itu, pihak berkuasa menemukan 14 bungkusan mengandungi 70,114 biji pil ekstasi dengan anggaran berat sekitar 25 kilogram, selain 2.7 gram dadah jenis syabu.
AFP or licensors Ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek turut mendapati dia positif methamphetamine (syabu), MDMA (ekstasi) dan kokain.
Siasatan awal mendapati suspek mengaku bertindak sebagai keldai dadah dan dijanjikan upah kira-kira RM50,000 untuk membawa bekalan dadah tersebut ke Jakarta sebelum menyerahkannya kepada anggota sindiket yang menunggu di negara berkenaan.
Kes kini disiasat lanjut oleh pihak berkuasa Indonesia bagi mengenal pasti rangkaian sindiket yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan dadah tersebut. – HARIAN METRO
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

MERHROM Bantah Penghantaran Pulang 5,000 Pelarian Rohingya, Bimbang Dikerah Jadi Tentera
The post Juruterbang Malaysia Ditahan Di Jakarta, Disyaki Seludup 25 Kilogram Syabu Dan 70,114 Pil Ekstasi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.



