Juruterbang Malaysia ditahan di Jakarta disyaki seludup 25kg pil ekstasi

31 Jul 2026 • 3:14 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Juruterbang Malaysia ditahan di Jakarta disyaki seludup 25kg pil ekstasi

KUALA LUMPUR – Seorang juruterbang warga Malaysia ditahan pihak berkuasa Indonesia selepas disyaki cuba menyeludup kira-kira 25 kilogram (kg) dadah jenis ekstasi bersama sejumlah kecil syabu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta, Selasa lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan penahanan lelaki berusia 39 tahun itu yang diberkas sejurus tiba dari Kuala Lumpur.

“Saya sahkan tangkapan ini. Pihak Polis Diraja Malaysia sudah dimaklumkan. Suspek ditahan di sana. (Suspek) akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang negara berkenaan,” katanya hari ini.

Media Indonesia sebelum ini melaporkan suspek, seorang lelaki warga Malaysia berusia 39 tahun, dipercayai cuba membawa masuk lebih 70,000 pil ekstasi seberat 25 kg ke negara itu.

Lelaki berkenaan dilaporkan mengendalikan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jakarta sebelum ditahan pihak berkuasa di Terminal 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta. – KOSMO! ONLINE

The post Juruterbang Malaysia ditahan di Jakarta disyaki seludup 25kg pil ekstasi appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved