Juruterbang maut, helikopter tentera India terhempas

5 Oct 2022 • 7:58 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

NEW DELHI: Seorang juruterbang maut manakala seorang lagi cedera selepas helikopter milik tentera India terhempas di timur laut Arunachal Pradesh pada Rabu.

“Sebuah helikopter Cheetah milik tentera dilaporkan terhempas berhampiran Tawang pada 10 pagi ketika membuat penerbangan rutin. Kedua-dua mangsa dibawa ke hospital tentera berhampiran,“ menurut kenyataan tentera.

Media tempatan kemudiannya melaporkan seorang daripada juruterbang berkenaan meninggal dunia.

Punca nahas masih disiasat.-Bernama