Juruterbang, Pembantu Juruterbang TUDM Selamat Dalam Kemalangan F/A-18D Hornet

LocalPolitics
21 Aug 2025 • 11:09 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

KUANTAN – Juruterbang dan pembantu juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terlibat dalam kemalangan pesawat pejuang F/A-18D Hornet di Pangkalan Udara Kuantan, malam tadi dilaporkan selamat.

Kedua-dua mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Polis sahkan insiden

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman mengesahkan perkara itu dan berkata siasatan akan dijalankan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sebelum kenyataan rasmi dikeluarkan.

Kenyataan rasmi TUDM

TUDM dalam satu kenyataan memaklumkan insiden berlaku kira-kira jam 9.05 malam di landasan Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan.

“Tindakan segera sedang diambil dan perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih,” jelas kenyataan itu.

The post Juruterbang, Pembantu Juruterbang TUDM Selamat Dalam Kemalangan F/A-18D Hornet appeared first on The Malaysian Update.