Juruwang Didakwa Jadi Mangsa ‘Panas Baran’ Pelanggan, Ditolak & Dit*ndang Gara-gara Tak Senyum

26 Nov 2026 • 1:19 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

panas baran juruwang tak senyum ft

Seorang juruwang wanita berusia 17 tahun didakwa menjadi mangsa panas baran beberapa individu dipercayai daripada sebuah keluarga selepas tidak berpuas hati dengan riak wajahnya ketika bekerja di sebuah pasar mini di Taman Bertam Perdana, Melaka.

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Halim Abas, kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 malam Ahad lalu apabila seorang pelanggan wanita menegur rakan sekerja mangsa yang bertugas di kaunter pembayaran kerana didakwa tidak senyum.

Jelasnya, wanita berkenaan kemudian keluar dari kedai sebelum suaminya datang bersama empat orang anak dan bertindak membaling kotak rokok ke arah mangsa sambil menjerit bertanyakan siapa yang membaling rokok ke arah isterinya.

“Dia kemudian menolak mangsa dengan kuat sehingga ke arah peti sejuk. Seorang wanita dipercayai anak perempuannya turut masuk ke kedai dan menengking mangsa sebelum menendang kaki mangsa beberapa kali,” katanya.

Bagaimanapun, keadaan kembali terkawal selepas wanita yang mencetuskan perselisihan awal mententeramkan suaminya sebelum keluarga berkenaan meninggalkan premis menggunakan sebuah kenderaan berwarna biru gelap.

Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis pada Isnin lalu dan turut mendapatkan rawatan di hospital.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 506 dan 323 Kanun Keseksaan, manakala polis sedang mengesan semua individu yang terlibat.

 

View on Threads

 

Terdahulu, video kejadian berdurasi satu minit 20 saat itu tular di media sosial selepas dikongsikan seorang individu yang mendakwa dirinya kakak kepada mangsa.

Individu berkenaan turut meminta pihak polis mengambil tindakan terhadap semua pihak yang didakwa terlibat dalam insiden tersebut.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved