
Percanggahan keterangan daripada saksi dan ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin antara sebab penahanan kedua mereka dibuat untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya sedang menjalankan pelbagai usaha dalam lengkapkan kertas siasatan.
"Ada perkara perlu disemak semula dan ada perkara yang tidak selari serta konsisten daripada keterangan saksi dan sebagainya menjurus kepada tangkapan ibu bapa Zayn Rayyan.
"Kita telah selesai soal siasat fasa pertama untuk reman tujuh hari. Ada perkara yang perlu kita 'counter check' dan ada perkara yang masih tidak seiring dengan siasatan, jadi kita sambung reman enam hari untuk lengkapkan kertas siasatan," katanya.

