JWC: Malaysia temu Belgium, Afrika Selatan berdepan New Zealand untuk buru tempat kesembilan

12 Dec 2023 • 10:37 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Tuan rumah Malaysia, Belgium, New Zealand dan Afrika Selatan akan terlibat dalam pertarungan perlawanan Klasifikasi tempat kesembilan hingga ke-12 (9-12) pada saingan Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki (JWC) 2023 di Stadium Hoki Nasional di Bukit Jalil di sini, Rabu ini.

Pasukan ranking ke-10 dunia, Afrika Selatan akan berdepan New Zealand manakala Malaysia berdepan Belgium.

Afrika Selatan, pencapaian terbaik dengan menduduki tempat kesembilan pada edisi Bhubaneswar 2021, menewaskan Chile 5-1 pada perlawanan klasifikasi ke-9-16 di sini hari ini.

Afrika Selatan tidak menunggu lebih lama untuk membuka jaringan apabila Leruo Ditlhakanyane menjaringkan gol padang seawal minit ketiga dalam perlawanan yang ditangguhkan sejam oleh keadaan hujan lebat dan air bertakung dalam padang manakala David Tshebi menggandakan jaringan dalam minit ke-12.

Hans Neethling kemudian menjaringkan dua gol dalam tempoh lima minit menerusi gol padang pada minit ke-32 dan ke-37 untuk meletakkan juara PIala Remaja Afrika dalam kedudukan selesa.

Chile, nombor 20 dunia, pasukan tercorot kejohanan, cuba mengurangkan jurang menerusi pukulan sudut penalti Alexei De Witt pada minit ke-46, tetapi Afrika Selatan sekali lagi menemui jaringan menerusi pukulan sudut penalti minit ke-53 oleh Nathan Ansell untuk memastikan kemenangan 5-1.

Chile tercorot dalam peringkat kumpulan menjaringkan gol sagu hati menerusi pukulan sudut penalti oleh Alexei De Witt pada minit ke-46 sebelum Nathan Ansell menutup rirai jaringan Afrika Selatan melalui percubaan sama pada minit ke-56 untuk kemenangan muktamad 5-1.

Sementara itu, New Zealand mengejutkan pasukan nombor 11 dunia Korea Selatan, 3-2, dalam satu lagi perlawanan klasifikasi untuk menetapkan pertembungan menentang Afrika Selatan.

Dalam satu lagi perlawanan klasifikasi ke-9-12, Malaysia, yang menewaskan Mesir 4-1 sebelum ini, bersedia menentang Belgium yang mencatatkan kemenangan terbesar edisi 2023 dengan mengalahkan Kanada 12-0.

Dalam klasifikasi ke-13-16, Korea Selatan akan menentang Chile manakala Mesir menentang Kanada.

Aksi hoki remaja terbaik dunia akan diteruskan pada saingan suku akhir esok apabila juara bertahan Argentina berdepan juara enam kali Jerman, Belanda mencabar India, Perancis menentang Australia dan Sepanyol menentang Pakistan.

JADUAL PERLAWANAN KLASIFIKASI

RABU:

(9-12)

Malaysia lwn Belgium - 3 petang

New Zealand lwn Afrika Selatan - 5.15 petang

(13-16)

Mesir lwn Kanada - 9 pagi

Chile lwn Korea Selatan 11.15 pagi - Bernama