Penumpang pesawat AirAsia AK5742, AK5740 diminta buat saringan

13 May 2020 • 2:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

TAWAU - Kesemua 402 penumpang penerbangan AirAsia AK5742 dan AK5740 yang tiba di Lapangan Terbang Tawau pada 1 dan 4 Mei lalu diminta hadir ke klinik kesihatan terdekat bagi menjalani ujian saringan kedua koronavirus (Covid-19) susulan kes positif yang dikesan dalam kedua-dua penerbangan terbabit.

Pegawai Kesihatan Kawasan II Tawau Dr Suzalina Sulaiman berkata, setakat jam 8 pagi tadi seramai 39 individu termasuk lapan pelajar tampil menjalani ujian berkenaan di klinik kesihatan di Kubota di sini.

"Individu yang dikesan positif dalam kedua-dua penerbangan berkenaan tidak bersimptom," katanya ketika ditemui di pejabat kesihatan di sini hari ini.

Sementara itu, Dr Suzalina berkata, pihaknya berjaya mengesan tiga pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang pulang ke daerah ini ingkar perintah kuarantin di rumah.

"Kita ada terima aduan orang awam dan kita buat intipan serta ambil gambar sebagai bukti. Ketiga-tiga pelajar ini akan dibawa ke mahkamah untuk didakwa," katanya.

Menurut Dr Suzalina, tiga pelajar berkenaan adalah antara 402 penumpang penerbangan AirAsia terbabit yang tiba di Sabah dari Kuala Lumpur. - Bernama




Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved