
Jenama produk makanan kesihatan tambahan K-Colly bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap dua individu kerana mendakwa produk tersebut menjejaskan kesihatan sehingga buah pinggang mengecut dan meninggalkan komen berunsur fitnah.
Tuduhan itu telah dimuat naik dalam sebuah video yang telah tular di TikTok sehingga mencapai 2 juta jumlah tontonan pada Mei lalu selain komen fitnah tentang produk tersebut di Facebook.
Menurut Pengurus Besar K-Colly, Mohd Zulkifli Hussain tindakan ini diambil bagi membersihkan jenama yang sudah berada di pasaran sejak 13 tahun lalu.
"Disebabkan isu yang tidak tepat ia menjejaskan kepercayaan pengguna produk K-Colly. Reputasi syarikat dan jualan produk turut terjejas. Jadi, pihak kami memandang serius akan perkara ini,” kata Pengurus Besar K-Colly, Mohd Zulkifli Hussain pada sidang media yang berlangsung di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Laporan polis

Makmal bertauliah, bahan semulajadi






