K-Drama Ini Pernah Ditunda Dek Isu Jo Byeonggyu, Penulis Mengamuk Dek Tuduhan Buli Song Hayoon Pula

Entertainment
5 Apr 2024 • 11:01 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Apabila ada pelakon yang dilanda kontroversi, bukan dia sahaja yang terkena tempiasnya..

Terbaru, Kim Poong yang terkenal sebagai pelukis webtoon, personaliti televisyen dan penulis skrip meluahkan kekecewaannya selepas pelakon Song Ha-yoon terlibat dengan kontroversi keganasan ketika di sekolah.

Tulisnya di Instagram Story,

Saya akan menggila hahahahahahahahahahaha.

Kekecewannya ini mungkin berpaksi daripada penangguhan drama “History Of Losers” di mana dia menulis skrip buatnya selain sudah pun menamatkan penggambaran pada 2022.

image is not available

Walaupun produksinya sudah selesai namun drama ini terpaksa ditolak ke tepi apabila pelakon utama, Jo Byeong-gyu terjerat dengan kontroversi keganasan di sekolah. Pun begitu, pelakon lelaki itu telah membersihkan namanya dan berjaya membuat ‘comeback’ dengan “The Uncanny Counter 2” baru-baru ini.

Oleh itu, jangkaan buat drama “History Of Losers” mula meningkat namun ianya jatuh semula selepas Song Ha-yoon iaitu heroin drama itu pula dituduh melakukan keganasan buli di sekolah. Lantas tiada siapa yang mengetahui apakah nasib drama itu kini.

Kesiannya..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.