K-Drama Oppa, Yoo Seung Ho Kini Melakukan Penggambaran Di Sarawak

30 Oct 2022 • 11:36 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Selamat datang ke Sarawak Yoo Seung Ho!

K-Drama Oppa, Yoo Seung Ho Kini Melakukan Penggambaran Di Sarawak. Jika anda penggemar drama Korea Selatan, atau K-Drama, anda pasti akan tahu pelakon kacak yang memainkan watak lelaki utama dalam drama terkenal iaitu ‘I’m Not a Robot’.

Yoo Seung Ho yang merupakan pelakon daripada YG Entertainment ini bukan sahaja terkenal dengan wataknya di dalam K-Drama ‘I’m Not a Robot’, drama lakonan beliau yang terkini iaitu ‘Moonshine’ juga telah mendapat sambutan hangat.

image is not available
K-Drama Oppa, Yoo Seung Ho Kini Melakukan Penggambaran Di Sarawak

Berlakon dalam banyak drama dan filem Korea

Berlakon dalam banyak drama dan filem, antara pelakon terkenal Korea yang pernah berganding dengan Yoo Seung Ho juga adalah nama nama besar seperti Park Min Young, Chae Soo Bin, Lee Hye-Ri, Park Eun Bin, Ji Chang Wook dan juga banyak lagi.

Jadi kali ini kami ingin memberikan berita baik untuk anda iaitu Yoo Seung-Ho kini dilaporkan berada di Kuching, Sarawak.

image is not available
Kredit foto: FB Alex Stmrock Wong

Melakukan penggambaran di Kuching

Peminat beliau telah berjaya mengambil gambar dengan pelakon kacak Korea Selatan ini dan Yoo Seung Ho juga dikhabarkan sedang melakukan penggambaran di Kuching.

Walaupun Yoo Seung Ho belum ada mengeluarkan apa-apa kenyataan tentang keberadaanya sekarang, tetapi beliau ada memuatnaik satu gambar terkininya di Instagram di mana beliau berada dalam pesawat.

Kami dari Sarawak ingin mengucapkan Selamat datang ke Bumi Kenyalang kepada Yoo Seung Ho dan berharap agar pengalaman beliau di sini adalah indah-indah belaka. Jangan lupa makan laksa Sarawak dan Mi Kolok Oppa!

Baca lagi cerita menarik di sini: